PLAYLIST

Thursday 26 February 2015

CANTIK VS TAMPAN



Mencintai seseorang kerana KECANTIKAN ATAU KETAMPANAN hanya sia2.. Kerana ia akan dimamah usia.. Mencintai seseorang kerana HARTA..betapa LEMAHNYA KITA kerana harta tak dapat membawa kita ke SYURGA.. Tapi jika mencintai seseorang kerana YANG ESA..





# InsyaAllah kebahagiaannya mendalam rasanya..
Kerana sudah tentu dia akan membimbing kita ke jalanNya..

Sunday 9 November 2014

PESANAN USTAZ KEPADA SUAMI YANG CURANG





PESANAN USTAZ KEPADA SEORANG SUAMI YANG CURANG.

Untuk suami yang curang, baca dan hayati pesanan Ustaz Azhar Idrus ini:
Suami : Ustaz, perempuan simpanan saya lebih ramping daripada isteri saya. Isteri saya gemuk.
Ustaz : Perempuan simpanan kamu pernah melahirkan anak kamu ke? Tentu tidak, bukan? Kerana dia lebih sayangkan tubuh badannya berbanding kamu. Isteri kamu pula sanggup korbankan tubuhnya kerana dia lebih sayangkan kamu dari tubuhnya sendiri.
Suami : Ustaz, perempuan simpanan saya manja dan lemah-lembut. Isteri saya langsung tiada masa untuk saya dan kadangkala dia garang dengan saya.
Ustaz : Perempuan simpanan kamu tidak ada tanggungjawab untuk dipikul. Dia tidak perlu tahu masalah kamu, hutang-piutang kamu. Kerana itu dia sentiasa gembira bersama kamu. Berbanding dengan isteri kamu dia memikul semua masalah kamu. Masanya terpaksa dibahagi untuk menjaga kamu dan anak-anakmu. Kerana dia tahu menjaga anak-anakmu adalah tanggungjawabnya dan itu tanda cintanya padamu.
Suami : Isteri saya jarang memujuk saya berbanding perempuan simpanan saya. Dia sentiasa memujuk saya.
Ustaz : Isteri kamu sudah puas memujuk anak-anakmu bila mereka bertanya bila kamu akan pulang. Anak-anak mengadu tentang kamu yang tidak pernah mengambil tahu tentang mereka. Isteri kamu sudah cukup melindungi maruah kamu di mata anak-anakmu sedangkan kamu masih sibuk bergelumang dengan dosa bersama perempuan simpanan kamu. Perempuan simpanan kamu itu pernahkah terfikir tentang maruah kamu?
Suami : Tapi ustaz..
Ustaz : Beginilah, jika isteri kamu tidak cukup sempurna untuk kamu, kamu ceraikan saja dia. Mungkin dia terlalu baik untuk lelaki yang tidak tahu bersyukur seperti kamu. Cuba kamu fikir, kalau bukan kerana dia korbankan bentuk tubuhnya kerana kamu, sepanjang hayat kamu tidak akan melihat waris keturunan kamu. Kalau dia mahu, dia juga boleh memilih untuk mencintai dirinya sendiri dari mencintai kamu. Tetapi itulah pengorbanan seorang isteri yang tidak pernah kamu hargai. Bukan dia yang tidak cukup sempurna untuk kamu tetapi kamu yang tidak layak mendapat isteri sepertinya. Lebih baik kamu nilai diri sendiri dari kamu menilai isteri kamu kerana dia adalah ibu kepada anak-anakmu.

Thursday 23 October 2014

WANITA MUDAH MEMAAFKAN ^_^




Wanita itu mudah memaafkan ketika engkau cuba membohonginya.
Wanita itu mudah memaafkan ketika engkau cuba menduakan cintanya.
Wanita itu mudah memaafkan ketika engkau cuba memarahinya.
Wanita itu mudah memaafkan bahkan saat salahmu sudah teramat besar kepadanya.

Apa alasannya ?

Tentu bukan kerana ia bodoh.
Melainkan kerana ia masih amat berharap agar engkau kembali pada jalan yang benar. Kembali menyayanginya seperti sebelumnya.

Tentu bukan kerana ia lemah.
Melainkan kerana kekuatan kasih sayang yang ingin ia tunjukkan agar engkau tetap bahagia dan selalu setia.""....





Friday 7 March 2014

TRIP TO LANGKAWI

assalamualaikum . hye uolls ! . hari ni terasa rajin pulak nak update my  blog  dah lama berusang  bersawang plus2 dengan lelabah lelubuhh . HAHA ! Actually , aku nak update tentang rombongan kelas aku di LANGKAWI . urmm , kita orang dok kat sana 3 hari 2 malam . tak lama pown . tu pown bukan just makan angin taw . tu pun kena buat aktiviti nak bukti la kononnya . padahal nak g melancong ja . huhu ! . lepas 14 hari balik rombongan dah kena buat report . macam renyah je kan ? haishh . tu la nak g rombongan pown kena tunggu lama proses nak LULUS pown aih . pa pe pown ALhamdulillah , dapat jugak rezeki pergi melancong . huhu . kat sini aku nak kongsi gambar2 sepanjang kitaorang duduk kat Langkawi . even dah berabad tak pergi . tapi kali ni teruja coz pergi dengan pensyarah dan kengkawan politeknik . hee

HARI PERTAMA : 27/02/2014

gambaq dok dalam feri :



 Ini pensyarah pengiring . 


yeay !!! dah sampai LANGKAWI 



Menuju ke Dataran HELANG







Makan-makan dulu !



Serve harga dulu . hihi !


Berjalan di tepi pantai .


HARI KEDUA : 28/02/2014
Mandi pantai dlu . hihi 






On the way lawatan site . 



jeng ! jeng ! dah smpai site .










bintang setia kawan .HAHA 



Ronda pantai , jums !


BBQ time ^_^






HARI KETIGA : 01/03/2014

Check out from Motel TANJUNG PUTERI 


Panorama Cable Car 












Underwater World


Pantai Cenang 


Shopping sampai muntah hijau .


Tggu feri untuk balik




Bye-bye LANGKAWI , ada rezeki kita jumpak lagi noh . Faberat  orang pergi LANGKAWI sebab cokelat kat sini murah-murah so kalau nak jalan mai sini . Bawa beg cket ja sebab nanti rambang mata banyak barang murah . tapi kena pandai pilih kedai sama sb da yang mahai . So mai la pakat mai ramai ke Langkawi . Tak rugi oo .  hihi