PLAYLIST

Saturday 13 July 2013

Kasihnya seorang IBU




Ketika kita lapar, tangan ibu yang menyuapi. Ketika kita haus, tangan ibu yang memberi minuman. Ketika kita menangis, tangan ibu yang mengusap air mata. Ketika kita gembira, tangan ibu yang menadah syukur, memeluk kita erat dengan deraian air mata bahagia.

Ketika kita mandi, tangan ibu yang meratakan air ke seluruh badan, membersihkan segala kotoran. Ketika kita dilanda masalah, tangan ibu yang membelai duka sambil berkata, "Sabar nak, sabar ya sayang."

NAMUN,

Ketika ibu sudah tua dan kelaparan, tiada tangan dari anak yang menyuapi. Dengan tangan yang gemetar, ibu menyuapkan sendiri makanan ke mulutnya dengan linangan air mata. Ketika ibu sakit, dimana tangan anak yang ibu harapkan dapat merawat ibu yang sedang sakit?

Ketika nyawa ibu terpisah dari jasad. Ketika jenazah ibu hendak dimandikan, dimana tangan anak yang ibu harapkan untuk menyirami jenazah ibu untuk terakhir kali.

Tangan ibu, tangan ajaib. Sentuhan ibu, sentuhan kasih. Dapat membawa ke Surga Firdaus..





RENUNGAN !!!

Berapa banyak AIR MATA IBU yang kita tidak nampak yang telah GUGUR atas KEKASARAN KATA, KETERLANJURAN PERBUATAN..sama ada sedar atau tidak, mungkin di sebalik senyuman tuanya..ada DUKA yang TERPENDAM terhadap kita..maafkan saya ibu..

IBU, maafkanlah aku..kerana aku PERCAYA, di dalam hatimu..selalu ADA TANGIS, yang tidak pernah terlihat olehku.



SETIAP MANUSIA TAK SEMPURNA





JANGAN INTIP KESALAHAN ORANG LAIN SEOLAH OLAH 
KAMU SANGAT SEMPURNA. SELAMA MANA KAMU BERNAMA MANUSIA, 
                    MAAFKAN SALAH ORANG LAIN DAN TUTUPLAH KEAIBANNYA.

Sabda Rasulullah S.A.W. 


"Wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya,dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri"
                                                           (Hadis riwayat Abu Daud)

Friday 12 July 2013

LAFAZKAN kALIMAH CINTAMU

Bila resah semuanya keranamu
Kadang gundah juga kerana kamu
Tapi mungkinkah kerinduan ini
Turut jua engkau rasai

Lafazkanlah kasih
Kalimah cinta
Lafazkanlah saja
Rindu milik kita

Kerana hati ini
Kanyalah buatmu
Setulus hati ku
Ku serah padamu

Oh kekasih
Kekasih janganlah kau pergi
Kerana ku menyayangi mu
Kerinduan ini hanyalah untuk mu

Percayalah ku cinta padamu
Moga realiti bukannya mimpi

Bila resah semuanya keranamu
Kadang gundah juga kerana kamu
Tapi mungkinkah kerinduan ini
Turut jua engkau rasai

Sedang asyik mendengar lagu lafazkan nyanyi Rahayudean  tibe2 Ina terkenangkan seorang insan yang di sayangi sejak di bangku sekolah lagi dan adakah insan tersebut mengetahuinya lagi ??? .Namun sesekali terdengar  keluhan terbit dari wanita tersebut . Mungkin dia xkan tahu kerana kalimah cinta ini akan ku pendam sehingga dy mengetahui sendri .



'Oiit , dok termenung pe tu cikk Ina oiitt , ingat marka ka ??? hee usik eisya 

Terkejut Ina sambil mengelap air kaca jernih yang mengena pipinya sepantas kilat apabila di sergah sahabat baik nya .Eisya la tempat dia meluah perasaan suka dan duka .Namun berkaitan hati di pendamnya seorang .Belum sempat dia mengelap air kaca jernih tersebut , Eisya lebih mendahului mengelapnya seakan-akan dapat menghidu kesedihan yang di alaminya .

"Npe ni Ina ??? tanya Eisya

Belom sempat aku menghabiskan bicara tibe2 Ina memelok ku dengan erat sekali sambil menangis.Tergamam aku seketika .Aku membalas pelukkannya seolah-olah memahami pe yang di tanggung oleh Ina selama ni .

"Maafkan aku Eisya , terpeluk ag "Kata Ina
"Xpe aih , tapi nape ag menangis ??? , selalu ag cerita at aku tp kali ni ag pendam sendri ...hmm " 
"maaf , aku xda niat macam tu tapi dah ak ternanges kat ag , ak xleyh pendam dah perasaan ak , aku sayang sangat kat Aie sampai sekarang.."jujur Ina

Tergamam Eisya mendengar pengakuan Ina .Aie adalah kawan karib antra Ina , aku , met dan Fadzil ketika di bangku sekolah sehingga sekarang .Begitu kuat sekali cinta Ina kepada Aie .Wlpown dlu da sahabatnya sendri yang menyukai Aie .Namun perasaan tersebut di pendam agar persahabtan dy dengan sahabatnya tidak terputus .

Aku begitu kecian kepada Ina kerana memendam perasaan dan dy selalu meluahkan perasaannya di Facebook agar insan tersebut mengetahui yang dia benar-benar menyanyangi Aie . Kadang2 dia putus asa kerana adakah Aie mengetahui isi ati dy ??Serentak  memikirkan perasaan Ina ,kenangan lalu menerjah buah fikiran nya terhadap sahabat-sahabt karib kami di bangku sekolah .

--------------------------------------------------------------------------------

Bermula di Sekolah Menengah Selayang ak di temukan dengan mereka berempat ..Time tu aku mula memasuki sekolah baru yang mana time tu ak seperti rusa masuk ke kampung sbb ak tak kenal sesiapa disana .

Hari itu aku terlewat bgun dari tido ,. mau taknya semua ak langgar  .tak kira tok sampah semua ak bedai tapi paling tak leyh tahan aku berlanggar dengan budak yang bernama Met . Bertaburan buku aku .

"Oiit , tak nampak ka , ka dah buta ??? " kata met
" Sorry la , saya kelam kabut ni , smbil memegang kaki yang terseliuh " 
"Klo dah tak nampak tu balik nanti beli speck mata , bagi jadi empat , bwu nampak kowd " balas Met 

Nasib baik la kaki aku sakit , klo tak meme dah kena buah kick aku mamat ni .Dah la tengok je ,bukan nak tolong kutip buku tu ka .Hati  batu betul la mamat ni "Kataku dalam hati .

"kutuk aku ka ?? tanye met 
" Tak la , puji lagi ada la" balas ku  sambil aku usaha utk bagun 

Namun kaki ku tak dapat bertahan , sebelum ak jatuh menyembah bumi tiba-tiba  Ina datang menolong lalu memimpin aku ke bilik rawatan .Tergamam met ketika Ina datang membantu .Selesai sahaja di rawat Ina membawa aku makan bersama rakan-rakannya di kantin.Di situ la aku mula mengenali mereka berempat .

Dimana sahaja mesti kami berlima .Namun paling aku geram at Met coz da saja cari akai nak gaduh dengan aku 

.Kadang-kadang sampai lepa kata " dok kerap gaduh ni , nanti bagi kawin baru taw " 
" Eeee , mintak simpang la , aku kawin dengan dia " balas aku
" Ag ingat aku nak kawin dengan ag , dah la muka macam badut ," Balas Met 
 " Ag ni kan kalau tak cari pasai dengan aku sehari meme xsah noh " balas aku dalam keadaan marah 

 Last2 , Ina dan Aie pegang pala kitaorang pastu hentok , dua-dua ..Baru padam muka kitaorang dok kerap gaduh sangat .Tu la balasan yang dapat .

"Oiitt , sakit la " balas aku 
" Ag punya pasai la " Jawab Met sambil mengusap pala bahagia yang sakit tu .

Aku hanya diam . Malas nak melawan balas dengan Met .Tak di duga semsa ulang tahun kelahiran aku ,Met memberikan aku sebuah tedy bear yang besaq sangat selepas terkantoi dengan aku .

" Ag dok buat pe kat depan rumah aku " tanye ak 
" xde la , aku dok cuci tembok rumah ag ni ?? balas met pastu lari macam kilat , hilang teros.

Tiba2 aku ternampak tedy bear di  tembok rumah aku lalu aku membawa masuk ke dalam .Keesokan pagi di sekolah , Met jadi malu dengan aku .Dah buang tabiat kowd budak ni , aku monolog dalam hati.Kadang-kadang aku jeles tengok keintiman Ina dan Aie bukan pa .Nape la aku tak dapat macam lepa "" tnye ku dalam hati .

"Aku mintak maaf ," .Tergamam aku selepas mendengar suara tu .Elok aku pusing wajah Met betul-betul di hadapan aku ." Tak sangka , met ni ncem jugak ea sambil  aku senyum "

" ag dengaq tak ni aku mintak maaf ???"" tanye Met 
" Ye , aku dengaq , Npe ??"
" Pasai aku langgar ag "bgtaw met dengan sunggoh2.
"tak de pela , normal la tu smbil terseyum "

Sejak ari tu kami berkawan baik sampai semua orang hairan tengok kami .Dulu gaduh skunk dah baik .Banyak kenangan kami bersama seperti g buat BBQ at air terjun , studygroup samer2 dan macam2 lagi la .Sampai la kami dapat sambung belajaq kira dapat sambung ke IPTA yang smer ..

.................................................................................................................


"Eisya , teringat at Met ka "?? Tanye Ina
Tersentak aku dengan pertanyaan tersebut .Namun keluhun jelas di lepaskan oleh aku  keran Ina pown memahami kerana aku berada di situasi yang sama dengan dia .
 "Kan best lepa taw yang kita suka lepa dari sekolah menengah kan ??? tanye Ina kepada aku

Kedengaran azan masuk waktu asar sudah berkumandang , ak mengajak Ina untuk solat bersama agar kami tidak terikut-ikut akan perasaan tersebut ".Kalau da jodoh takkan kemana .." serentak aku dan Ina melafazkan pe yang terbuku di hati .Kami tersenyum bersama .Namun jauh di sudut hati kami agar insan tersebut mengetahui perasaan yang kami rsa dan mereka dapat melafazkan kalimah tersebut .





                       PLS :  SEMOGA KITA SEMUA AKAN DI KURNIAKN JODOH YANG DAPAT        BERSAMA DENGAN TAK KIRA SUSAH ATAU SENANG ..AMIIINNN =)





"






Thursday 11 July 2013

SALAM RAMADAN AL MUBARAK =)



 Antara maksiat paling femes dilakukan oleh orang berpuasa ialah:

- tak solat fardhu 5 kali sehari
- tak tutup aurat sepenuhnya
- mengumpat / berkata buruk / mencela
- puasa depan org awam, tapi sebenarnya sorok2 tak puasa (mkn sorok2)

Dan lain2 lagi. Ingatlah, jangan jadikan bulan pengampunan dan bulan keberkatan ini sebagai 'usaha sia-sia' sahaja. Bila sia-sia, hanya dapat penat, lapar, dahaga, murka Allah, dan redha manusia yg suka maksiat sahaja.

Ingatlah akan sabda Rasulullah: "Ketika aku menaiki anak tangga (mimbar) yang pertama, Jibril datang kepadaku lalu berkata: Celaka (malanglah) seorang hamba yang mendapat Ramadhan dan melepasinya dan dia tidak diampuni. Lalu aku pun menjawab 'Amin'. (H.R. Bukhari)


selamat berpuasa semua =)
                     
                    


                    jANGAN LUPE BACE YANG NI,OKE =)

Wednesday 10 July 2013

Perbualan bapa mentua dengan menantu =)

Seorang bapa bertanya kepada bakal menantunya:
"Mengapa engkau nak cepat kahwin dengan anak pakcik? Bagi 7 alasan engkau."

Bakal menantunya menjawab :


1. dah jumpa pasangan, harus dicepatkan kahwin (hadith)
2. nak jaga mata, hati dan kemaluan
3. nak ikut sunnah, kahwin, ajal bila2 masa sahaja
4. nak ada zuriat yg dapat bahagia dan doakan kami, mati bila2 masa aje
5. dapat beribadat dengan pahala yang berganda bila sudah punya isteri, sedangkan memandangnya sahaja sudah perolehi pahala
6. dapat merasa tanggungjawab sebagai suami dan menjadi seorang yg lebih berfikir lebih matang serta bijaksana bagaimana nak menyara keluarga
7. nak ambil amanah ibu dan ayahnya dan jaganya serta didiknya dengan kehidupan agama
8. saya sayang dan cintakan anak pakcik <3








Tuesday 9 July 2013

Pangkat tidak menjamin kebahagiaan !!!!

Pangkat di dunia tidak akan berguna selepas mati, sedangkan pangkat taqwa di sisi Allah bukan sahaja berguna di dunia – dengan jaminan pembelaan, kecukupan rezeki, diberi jalan keluar daripada sebarang masalah dan lain-lain, malah lebih berguna di Akhirat nanti – kehidupan yang hakiki dan abadi.

Rasulullah S.A.W bersabda :

“Malaikat Jibril datang kepadaku dan berkata : “Rugilah (kecewa) orang yang bila namamu disebut dia tidak mengucapkan selawat atasmu”. Aku mengucap : “Aamiin”. “Rugi orang yang berkesempatan hidup bersama kedua orang tuanya tetapi dia tidak sampai bisa masuk ke Syurga”. Aku berkata : “Aamiin”. Jibril berkata lagi : “Rugi orang yang berkesempatan hidup pada bulan Ramadhan, tetapi tidak sampai terampuni dosa-dosanya”. Lalu aku mengucapkan : “Aamiin”. [HR. Ahmad]

Hati siapa yang tidak tersentuh apabila mendengar hadis di atas? Betapa ruginya nanti kita di Akhirat sana. Dosa tidak diampunkan, masuk ke Neraka dan jauh daripada rahmat dan pengampunan Allah



Monday 8 July 2013

Kisah Duit Syiling Dengan Batu

 Wang syiling itu jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik membancuh simen. Melihat logam kecil itu,tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama,tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya.
Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya. Lelaki itu menoleh ke kiri, kanan dan di sekelilingnya. Tiada siapa yg berdekatan dengannya. Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.Tidak lama kemudian, lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama, dia mengambil dan menyimpannya.“Rezeki aku!” kata lelaki itu dalam hati.
Lelaki itu tidak sedar, logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yg mereka bina itu. Sebenarnya, ketuanya mahu memanggilnya. Ada pesanan yg mahu disampaikan ketuanya itu.

Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan, cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah.Namun, jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek kerana itulah, ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan,dapatlah dia menyampaikan pesananya kepada pekerjanya itu.

Sayangnya, sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah, lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas.Lantas, ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.

Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu. Setelah merasa sakit dan terganggu ,lelaki itu mendongak ke atas,melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yg menyerangnya tadi. Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yg sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.

P/S : Sahabat sekalian, kisah ini sekadar tamsilan antara kita dengan Yang Maha Pencipta. Tanpa sedar, Allah sering menjatuhkan ‘syiling’ lambang rezeki, rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita. Tuhan menjatuhkan ‘syiling’ itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaan-Nya.Tetapi, kita acap kali lalai untuk ‘mendongak’ ke atas sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa mengucapkan terima kasih.

Seperti kisah ketua dan pekerja tadi, apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian, lalu Dia jatuhkan pula ‘batu’ yg berupa musibah, kegagalan, keperitan dan pengalaman yg menyakitkan. Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu,barulah kita teringat untuk mendongak,menadah tangan bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.

Thursday 4 July 2013

CINTA DALAM HATI

Menyintai seseorang dalam diam merupakan satu perasaan yang sukar diterjemahkan. Kadangkala hati terasa sedih dan pedih. Kadangkala juga hati akan menjadi suka dan bahagia. Apabila terpandangkan dia nun jauh di sana hati kita seperti diisi dengan bunga-bunga cinta di taman kejora. Namun apabila dia tidak kelihatan, fikiran mula gelisah sedang mata meliar mencari di mana keberadaannya. Begitulah indah dan sakitnya bila jatuh cinta namun dipendam demi menjaga rasa malu dan hati yang bimbang andai si dia sudah termiliki hatinya.

Hati... Hati merupakan satu dari komponen tubuh yang sangat sukar menterjemahkan isinya. Kadangkala mulut bicara namun hati menidakkannya. Akal sendiri tidak mampu mengetahui apa mahunya hati ini.

Cinta...
Cinta itu indah. Sesiapa yang tidak memiliki cinta dia bukan manusia biasa. Cinta hadir melalui hati yang hanya hati sahaja tahu apa mahunya ia.