PLAYLIST

Friday, 3 May 2013

AKU MENCINTAIMU KERANA ALLAH



Aisya Humaira termenung menerusi jendela.Menikmati hujan yang  rintik-rintik di luar.Menikmati keindahan alam ciptaan Allah.Sesekali terdengar keluhan terbit dari mulut wanita tersebut.Seolah-olah sedang   menanggung masalah yang begitu besar.Tiba-tiba terdengar ketukan pintu dari luar.Dengan pantasnya, isya berlari-lari membuka pintu.Muncullah wajah yang  dinanti-nanti.Wajah suaminya Mohd Syamier.

“Assalamualaikum Hubby.Maaf ye isya xdgr hubby ketuk pintu tadi.Lama ke hubby ketuk pintu?”Tanya isya selepas menyalami suaminya.“Awak buat apa tadi?.Berangan lagi lah tu.Tak abis2 berangan.Saya balik pun awak boleh tak sedar.”


“Maaflah hubby.isya tak sangka hubby balik awal hari ni.Maaf ye
hubby.Hubby nak air,isya buatkan”


“Tak yah lah.Hubby nak mandi.Awak pergilah sambung berangan. ”Jawab Syamier


Sejak akhir-akhir ni entah mengapa ada sahaja kesalahan isya
dimatanya.Kadang kala timbul juga rasa penyesalan di hati kerana
marah2 tanpa sebab,tapi mengingatkan perangai isya yang sentiasa
bersabar dengannya membuatkan dia lebih mengambil sikap tidak ambil kisah.


“Kenapalah aku asyik nak marah si isya tu.Dia lambat bukak pintu je pun.Entahla,kesian jugak kadang aku tengok.Ah lantaklah sape suruh asyik berangan je kejenya.Dari dulu sampai sekarang tak pernah nak berubah.”bisik hati Syamier


Di dapur ,kelihatan isya sedang sibuk memanaskan lauk pauk dan
menghidangkannya di atas meja.Setelah selesai menghidangkan makanan,isya duduk sambil menunggu suaminya.Serentak itu,kenangan lalu menerjah di ruang fikiran Masuk tahun ini,genaplah tiga tahun usia perkahwinan mereka.Mohd Syamier dikenalinya sejak di bangku sekolah lagi.Aisya adalah pelajar baru di sekolah SMK Bedong.Dia ditukarkan ke Kedah kerana mengikut keluarganya yang ingin menetap di sini.Aisya memilih jurusan sastera dan disitulah
detik-detik pertemuan antara dia dengan Mohd Syamier.


—————————————————————————————————————–


Kelas 5 sains sastera memberi berjuta memori  buat Aisya.Tidak
disangka dia dan Syamier akan menjadi teman yang sangat
rapat.Baginya,Mier adalah anugerah dari Allah yang paling indah
disaat hatinya betul-betul memerlukan seseorang.


Mier adalah seorang yang sangat nakal dan gila-gila walau pada
mulanya dia nampak seperti seorang yang pendiam.Port yang paling dia suka ialah di tempat duduk yang paling belakang.Disitulah memudahkan dia untuk lari keluar ke bilik kaunseling jika dia tidak meminati sesuatu subjek tersebut.


Nak mengambarkan betapa nakalnya Mier ni,satu hari dengan muka yang sedih dia datang menghampiri aku.


”Weh pasni kita dah tak ley nk jumpa lagi kot.nak borak-borak camni ke.”


”La napenye??”Tanya isya.


”Aku kena buang sekolah lah.”


”Seyes ke.Ko wat ape??”


”Aku fly then kantoi.pastu aku kn buang sekolah”


”Ala,aku baru je rapat ngn ko.dalam kelas ni mane ade lagi owang yang aku rapat.Sedih aku tau..”


”Tak pelah nanti kita ley cntact lagi.Aku takkan lupakan ko”


Sayu hati aku masa tu.Malam tu semalaman dia berfikir.Then dia
decide nak buat satu kad perpisahan.Diletakkan ucapan dan nombor
telefon supaya mereka dapat terus berhubung.Homemade card,ingat
senang-senang ke nak buat.


Keesokannya,aku pun memberi kad tu pada syamier.


”Weh nah,untuk ko”


”Apa ni weh ??”Tanya syamier.


Then bley plak depan2  owang time2 tu jugak dia bukak and baca kad tu.


”Weh seyesly,pape pon thankz tau.Tapi yang semalam tu aku tipu je”.


Tersentak aku mendengar.Serentak dengan tu dibalingnya kad tu ke muka syamier.


”Pape pn thankz weh.susah2 je”..hahahaha.gelak si mier.


Selang beberapa minggu,satu mesej menghiasi telefon aku.


”Hai,bley berkenalan.Nama saya Taufiq”


”Eh sape lak ni msj aku??.”


”Awak sape ea.kita x kenal la orang nama Taufiq.”


”Saya jebon.Awak xkenal saya”


”Emm ak pun nga boring2.layan jelah mamat ni”


”Ok bley je nk knal =)” balas Isya.


Tapi tiba-tiba dia teringat sesuatu,”Aku ni baru pindah,cane lak owang Kedah ley kenal aku ni mesti Haziq ni.”


”Awak bkn Taufiq kan.baek awak cakap awak sape.Klu x saya malas nk layan.”balas isya.


”Ok2..saya budak gurun”.


Haha dengar je bdk gurun Isya dah pat agak dah.Ni mesti Mier.


”Kureng ko.ko kencing aku hidup2..”


”Hahaha,sape suh ko caye.Ley berkenalan lak tu..hahaha”


Sejak dari hari itu,Mier dan Isya tidak putus mesej.Siang dan
malam.Malam mesej,siang jumpa di kelas.Hari-hari dirasakan cukup
indah.Setiap hari mereka makin rapat.Dari telefon mereka mula berani lepak sama-sama dalam kelas hinggakan sehari tak lepak sama rasa macam ada sesuatu yang tak lengkap.Tapi satu yang merunsingkan aku.Syamier seorang yang malas belajar sedangkan dia pandai.


Dan kerana itu  setiap hari aku cuba memberi semangat pada Mier
untuk lebih berjaya.Dan siapa sangka hari ini Mier telah berjaya dan jauh lebih baik dari aku sendiri.


Oleh kerana mereka terlalu rapat,bibit sayang mula terbit dihati
Isya.Lelaki pertama yang dicintainya hingga hari ini.Walau 7 tahun telah berlalu rasa kasihnya pada lelaki itu tetap sama.Lelaki yang peramah,pandai berjenaka,mempunyai karisma sebagai seorang ketua dan sgt caring.Lelaki inilah yang telah mencuri hatinya.


Tetapi sejak akhir-akhir ni semuanya tidak seperti dulu. Suaminya
selalu marah-marah.Membuat dia buntu memikirkan apa sebabnya.


“Hai kat meja makan pun nak berangan lagi ke? ”Tanya Mier.


“Maaf hubby.Isya tunggu hubby tadi.”Jawab Isya.”Jom makan 

hubby.Isya masak lauk kegemaran hubby,rendang ayam.hubby suka kan.”

“Emm bolehlah..jom lah makan”balas Mier


“hubby tau tak tadi Isya tengok ada cerita baru tau kat tv.jalan cerita dia best lah.pelakon pon hensem and cantik.Cuba hubby teka cerita ape??”


“Emm cerita ape??.Ntah malas lah nk teka-teka ni.”Jawab Mier.


”Perempuan ni tak abislah asyik nak tanya aku benda yang
sama.Bosanlah.Suruh teka cerita apelah.Mcm budak-budak.macamlah tak de benda lain nak tanya.Rimas tol aku.”bisik hati Mier.


“Ala hubby tekalah.Nanti tak suprise”jawab Isya.


“hubby tak tau lah!!..bley tak awak masa makan jgn nak bercakap.Nak makan pun boleh hilang selera tau camni.”


“Maaf hubby.Isya tak cakap lagi.Kita makan dulu eh.hubby janganlah marah..”


“ok”balas Mier
———————————————————————————————————
Selesai makan dan membasuh pinggan,aku mencari kelibat
suamiku.Dilihat suamiku sedang asyik menghadap handphone sambil
menaip mesej.Sejak akhir ni kelihatan suamiku seperti tidak boleh
langsung berenggang dengan handphone.


“hubby buat apa tu?”Tanya Isya.

“Tak Nampak ke?..Tengah taip mesejlah”
“Boleh tak Isya tanya sesuatu”


“Emm tanyalah pe dia??”
“hubby mesej dengan sape ye?”
Mier diam.Pertanyaan Isya dibiarkan sepi tidak berbalas.
“hubby,isya tanya ni.Hubby jujurlah ngan isya”
“Okeylah.Awak nak tau sangat kan.Dengan awek”
Tersentak isya mendengar pengakuan Mier.Serasa seperti hendak
gugur jantungnya.Hatinya terasa panas mendengar kata-kata Mier.

“Sampai hati hubby buat isya camni.Isya setia ngn hubby.Sayang hubby ni ke balasan hubby pada isya”
“Saya malas nak komen pape.Awak boleh fikir apa awak nak fikir.Tapi saya ada fikiran saya sendiri dan apa yang saya rasa sendiri.Orang lain takkan faham dan tahu.Okeylah saya nak keluar”
“hubby nak pegi mana.hubby….”
——————————————————————————————————————————————
Aisya menangis teresak-esak.Dia mendail nombor telefon  Mier
berkali-kali.Tapi hanya mesin peti suara yang menjawab.

“Hubby,isya minta maaf sb tinggikan suara tadi.Isya tak sengaja.isya Cuma rasa marah dan terkejut sangat.hubby maafkan isya..”
“Ya Allah,sesungguhnya aku tak bermaksud untuk membuat begitu.Ya Allah kuatkanlah hati hambamu ini.Mungkin perkara ini terjadi kerana kekhilafanku sendiri.Mungkin aku yang tak sempurna untuknya hingga dia mencari yang lain ” bisik hati Isya.

Semalaman Isya menunggu Mier hingga terlelap.Keesokan pagi
dilihatnya Mier telah pergi berkerja awal pagi tanpa
mengejutkannya.Sayu hati Isya.Malam itu sekali lagi isya setia
menunggu suaminya.Sekali lagi isya menunggu hingga terlelap.Pagi itu isya terjaga.Jam telah menunjukkan pukul  3 pagi.Lega hati isya melihat Mier telah pulang dan tidur dengan lenanya.Terus isya mengambil air sembahyang dan menunaikan solat tahajjud memohon agar rumah tangganya dilindungi Allah.
Selesai solat Isya merenung wajah suami yang dikasihinya.Kasihnya
tetap mendalam walau mungkin hati suaminya bukan padanya lagi.Isya mengambil satu kertas lantas ditulis
Buat suamiku Mohd Syamier,
Hubby,isya minta maaf andai selama dengan isya hubby merasakan isya tak
memberikan yang terbaek.Sejuta keampunan isya panjatkan pada hubby atas
ketidaksabaran isya dalam menghadapi masalah dan ujian ini.Isya bukan
isteri seperti saidatina Fatimah r.a,puteri nabi tapi isya cumalah
isteri di akhir zaman ini.Seorang isteri yang sentiasa belajar dan
cuba bagaimana untuk menjadi isteri solehah.Ketidaksempurnaan isya
telah melukakan hubby tanpa isya sedari dan kalaulah hubby tau betapa
ianya melukakan hati isya kerana tidak dapat menjadi isteri yang
sempurna pada hubby.hubby kalau abang izinkan untuk memberi isya
sedikit masa lagi,Isya akan cuba hubby untuk menjadi lebih baek.Isya
tetap akan sayang hubby selamanya hingga ke syurga.
Sincerely,
Aisya Humaira
Mier masuk ke bilik dengan perlahan-lahan.Tidak mahu mengejutkan
isterinya yang sedang tidur.Sudah 3 bulan dia tidak bercakap dengan isterinya itu.Timbul rasa penyesalan yang amat sangat.Wanita yang yang dimesejnya mana mungkin dapat menandingi isterinya Aisya.Entah apa yang menghasut fikirannya kala itu hingga sanggup melukakan hati isterinya sendiri.Wanita yang sudah 7 tahun dikenalinya.Surat yang ditulis isterinya berkali-kali telah dibacanya.Rasa sebak didada setiap kali membacanya.
Perlahan Mier menghampiri isterinya.Tanpa disedari Isya tersedar
dari tidur.
”hubby dah balik.Maaflah isya tertidur dulu.
Tadi tunggu hubby tapi  tertidur pulak.
Ingat nak kol hubby tapi takut nanti hubby serabut ngan
isya.hubby nak makan.Kalau nak isya panaskan lauk”.
”Tak pe hubby tak rasa nak makan pun.isya,hubby nak minta maaf ngan isya.Banyak dosa hubby pada isya.”
”Kenapa ni hubby.Jangan cakap camtu.Isya pun banyak salah pada hubby”.
”hubby seyes ni Isya.hubby betol nak minta maaf”.
”hubby dah la.Isya da lama maafkan hubby.Tak ade dosa hubby pun pada isya”.
”Terima kasih isya. Isya boleh hubby Tanya sesuatu? Kenapa isya sayang sangat kat hubby? hubby dah buat macam-macam pun, cinta isya tetap untuk hubby? .
”Sebab isya cinta hubby kerana Allah. Sebab cinta isya pada hubby bukan pada kelebihan hubby saja tapi isya cinta kekurangan hubby.Kalau isya cinta kelebihan hubby je nanti hubby dah bukan suami yang isya cintalah.Nanti da jadi orang lain.isya tak nak lah camtu.Isya nak cinta hubby je..hehe”gurau isya.
”Hehe..yelah sayang gebu hubby ni. hubby akan cinta isya kerana Allah jugak pasni ye”balas Mier.
.
Ya Allah sesungguhnya inilah saat yang kuharapkan.Moga saat ini akan kekal selamanya.Berkatilah perkahwinan kami ya Allah .Campakkanlah rasa kasih dan cinta kepada hati kami supaya rasa ini dapat kekal selamanya hingga ke syurga.



No comments:

Post a Comment