CINTA DALAM HATI
Menyintai seseorang dalam diam merupakan satu perasaan yang sukar
diterjemahkan. Kadangkala hati terasa sedih dan pedih. Kadangkala juga
hati akan menjadi suka dan bahagia. Apabila terpandangkan dia nun jauh
di sana hati kita seperti diisi dengan bunga-bunga cinta di taman
kejora. Namun apabila dia tidak kelihatan, fikiran mula gelisah sedang
mata meliar mencari di mana keberadaannya. Begitulah indah dan sakitnya
bila jatuh cinta namun dipendam demi menjaga rasa malu dan hati yang
bimbang andai si dia sudah termiliki hatinya.
Hati...
Hati merupakan satu dari komponen tubuh yang sangat sukar
menterjemahkan isinya. Kadangkala mulut bicara namun hati menidakkannya.
Akal sendiri tidak mampu mengetahui apa mahunya hati ini.
Cinta...
Cinta itu indah. Sesiapa yang tidak memiliki cinta dia bukan manusia
biasa. Cinta hadir melalui hati yang hanya hati sahaja tahu apa mahunya
ia.
No comments:
Post a Comment